Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Tuesday, January 5, 2010

Ilmu Hitam

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

'Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu'. [Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: 'Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'' [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]


Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.' [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: 'Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya' [Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'. [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya' [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
'Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
'Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu' (Riwayat al Bukhari.)

Wallahu'alam....

Wednesday, December 23, 2009

Thursday, December 17, 2009

Tingkap


Dua orang lelaki, kedua-duanya sedang sakit, ditempatkan di sebuah bilik yang sama di satu hospital. Seorang dari mereka dibenarkan untuk menaikkan badannya dan duduk di atas katil selama satu jam setiap petang supaya dapat menyalur keluar bendalir dari dalam paru-parunya.

Katil lelaki itu terletak disebelah satu-satunya tingkap yang terdapat didalam bilik hospital tersebut. Lelaki yang seorang lagi pula terpaksa menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja.

Mereka berbual-bual panjang akhirnya. Mereka bercerita mengenai isteri dan keluarga mereka, rumah mereka, pekerjaan mereka, penglibatan mereka didalam perkhidmatan tentera dan dimana mereka pernah bercuti.

Setiap petang bila mana lelaki di tepi tingkap itu dapat duduk, dia akan menghabiskan masa tersebut dengan bercerita kepada rakannya semua benda yang dapat dia lihat diluar tingkap itu. Rakannya itu mula ‘hidup’ dan sentiasa menanti tempoh satu jam itu dimana dunianya akan berkembang dan hidup semula dengan segala aktiviti dan warna dunia diluar sana.

Tingkap itu menghadap ke sebuah taman yang mempunyai tasik yang indah. Itik dan angsa bermain-main dipermukaan air sementara kanak-kanak pula sibuk melayarkan bot mainan mereka. Pasangan kekasih berpegangan tangan di sebalik bunga-bungaan yang berwarna-warni dan kelihatan kelibat bangunan-bangunan tinggi pencakar langit di kejauhan. Semasa lelaki di tepi tingkap bercerita dengan panjang lebar pemandangan diluar itu, lelaki yang terbaring itu pula akan menutupkan matanya dan cuba membayangkan pemandangan tersebut.

Pada suatu petang yang nyaman, lelaki di tepi tingkap bercerita berkenaan satu perarakan yang sedang berlalu diluar. Walaupun lelaki yang terbaring itu tidak dapat mendengar apa-apa bunyi, namun dia dapat melihat semua itu melalui mata hatinya sepertimana gambaran terperinci yang diterangkan oleh lelaki ditepi tingkap.
Hari berganti hari dan minggu pun berlalu. Suatu pagi, ketika jururawat yang bertugas membawa air untuk mandian mereka tiba, dia mendapati lelaki ditepi tingkap sudah tidak bernyawa lagi, lelaki itu telah meninggal dunia dengan amannya semasa dia sedang tidur. Jururawat itu berasa sangat sedih dan memanggil pembantu hospital membawa mayat lelaki itu pergi.

Sebaik sahaja tiba masa yang sesuai, lelaki yang terbaring dikatil sebelah meminta kebenaran untuk dipindahkan ke katil disebelah tingkap. Jururawat dengan gembiranya melakukan perpindahan tersebut, dan setelah memastikan bahawa lelaki tersebut telah benar-benar selesa, meninggalkanya seorang diri.

Perlahan-lahan, didalam kesakitan, lelaki itu pun menolak badannya keatas dengan sebelah sikunya untuk melihat buat pertama kalinya dunia sebenar diluar. Dia menoleh perlahan-lahan kearah tingkap disebelah katilnya. Tingkap itu mengadap ke dinding kosong.

Lelaki itupun bertanya kepada jururawat, apakah yang telah mendorong rakannya yang telah meninggal dunia itu untuk bercerita tentang perkara-perkara yang indah diluar tingkap tersebut. Jururawat menjawap, bahawasanya lelaki itu sebenarnya seorang buta dan tidak mungkin dapat melihat dinding tersebut. Jururawat menyambung lagi, “Mungkin dia cuma ingin memberi awak semangat.”

Rumput dan Kasih Sayang

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok! Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

MORAL OF THE STORY :
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Tuesday, December 8, 2009

KEROSAKAN AKIBAT AKAL...

KEROSAKAN AKIBAT AKAL TERPISAH DARI WAHYU

Tujuan aqal dan wahyu diwujudkan


Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.


Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama.


Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yg berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.


Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan.


Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yg baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syeitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan. Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.


Tapi apa yg berlaku, banyak manusia gagal menyatukan aqal dan wahyu, jadi wahyu tersendiri, aqal tersendiri. Paling2 baik ada orang dapat pertahankan wahyu, dia dapat amalkan wahyu dengan sebaik2nya tapi mundur, jumud, akhirnya orang yg inginkan dunia, ingin maju jadi tolak wahyu. Orang yg dapat pertahankan wahyu tapi jumud ini dia tak dapat selamatkan orang, hanya selamatkan dirinya sahaja.


Yang aqal tersendiri pula lagi tersasar kerana hanya fikir hendak maju hendak membangun tapi terus tersesat dari kehendak Tuhan. Sedikit sangat orang yg dapat hubungkan wahyu dengan aqal. Yg keadaan hidupnya baik tapi maju, sedikit sahaja. Yg mana golongan sedikit ini tak terpengaruh dengan dunia dan mendidik orang dunia dengan wahyu, sebab dia juga mempunyai kemajuan.



Kerosakan2 akibat aqal terpisah dari wahyu


1. Kebanyakan berlaku di dunia dulu hingga sekarang terpisahnya aqal dan wahyu dan peranan aqal lebih tertonjol daripada peranan wahyu. Akhirnya apa terjadi? Oleh kerana tertonjolnya aqal lebih dari wahyu maka dalam sejarah ada orang yg langsung tak percaya dengan agama, tak percaya dengan hal2 ghaib contohnya komunis.


2. Ada yg percaya tentang agama tapi bukan wahyu, tapi di aqal2kan. Mereka percaya aqal yang buat/cipta agama. Lahirlah agama aqal. Jadi kalau aqal cipta agama, timbullah berbagai pendapat dengan secara di agak2, lahirnya benda ghaib di khayal2, lahir tahayul, khurafat. Fahaman benda2 ghaib di khayal2kan yg bertentangan dengan hal2 ghaib yg dikatakan oleh wahyu. Kerana ahli falsafah guna aqal tak rujuk wahyu, bila ditanya siapa yg berkuasa, dia tahu Tuhan tapi tak sebut Tuhan. Ada yg percaya yg berkuasa itu energy dan itulah di maksudkan Tuhan. Ada yg percaya nafas sebagai Tuhan, ada yg bodoh sangat kemaluan sebagai Tuhan. Kalau kita baca tentang ahli falsafah, ada yang berkata jin itu Tuhan, ada yg kata bintang itu Tuhan.


Contoh 1&2 adalah contoh kerosakan dari segi agama, dari segi keyakinan akibat akal diguna secara bersendiri.


3. Dari segi kehidupan pula, dari aqal yang tidak bertunjangkan wahyu timbul macam-macam teori, ada teori yang boleh dibuktikan ada yg tak boleh dibuktikan, jadi utopia, jadi teori semata2. Ini banyak berlaku sebelum kedatangan Rasulullah. Kemudian ada teori yang boleh dibuktikan yang berlaku di zaman moden. Lahirlah ahli sains yang menemukan itu dan ini dimana penemuan2 tersebut dapat dimanfaatkan oleh manusia. Walaupun dapat dimanfaatkan tapi ia sudah jadi Tuhan. Bahkan Ulama pun sudah dapat dipengaruhi. Contohnya bila sebut Islam hari ini, apa yang ditonjolkan ‘Islam membangun’, ‘Islam kemajuan’, sedangkan Yahudi dan Kristian pun tak sebut kemajuan dan pembangunan. Orang Kristian tak sebut ‘Kristian bawa kemajuan.’ Dia sebut Tuhan, sebut syurga sahaja. Tapi orang Islam sekarang bila sebut Islam, sebut kemajuan. Sepatutnya kalau sebut Islam tak payah sebut ‘kemajuan’, sebab kemajuan itu fitrah. Soal kahwin tak payah kempen, semua orang ingin kahwin. Jadi mengapa sibuk sangat, sebut dunia, semua orang inginkan dunia, jadi tak payah sebut dunia. Yang susah adalah sebut Tuhan, kadang-kadang 3 jam bersyarah sekali pun tak sebut Tuhan. Itu teori yg dapat dimanfaatkan pun sudah bawa aqal rosak. Sains dan kemajuan sudah jadi Tuhan.

4. Kemudian bila aqal bersendiri, lahirlah ideology, ideology inilah yang memecah belahkan bangsa, masyarakat dan manusia sebab ideology sudah jadi agama. Masing2 perjuangkan ideology yang dianutnya. Jadi bergaduh. Sekarag ideology sudah jadi agama, orang berperang kerana ideology, pecah belah kerana ideology.

5. Di sudut ekonomi pula kerosakan oleh aqal bila terpisah oleh wahyu lahirlah kapitalisma, memuja harta, memuja modal, melahirkan sistem riba untuk memiskinkan orang misin, mengkayakan beberapa orang. Inilah hasil ideology. Nampaknya sistem itu, menggamit2, mengumpan2 dengan duit, kekayaan, dunia. Tapi orang Yahudi paham, bila orang terperangkap dengan sistem itu, tak banyak orangpun yg dapat kekayaan. Yg lain jadi hamba, dijajah tanpa fizikal. Dulu orang jajah dengan senapang boleh nampak tapi kalau bank jajah kita, kalau hutang bank 10juta tak boleh tidur malam, itu dijajah juga. Kalau sudah begitu bergaduh dengan isteri. Jalan tak sedap, makan tak sedap, hujung bulan tengok bil lagi takut. Sistem aqal telah membuat ada aqal hilang Tuhan

6. Aqal yg bersendiri tanpa wahyu dapat pula rosakkan agama dari langit. Berapa banyak agama dari langit dirosakkan seperti :

• agama Kristian, otaklah yg merosakkan. Timbul konsep trinity atau trimurty, Tuhan bapa, Tuhan anak, Tuhan mak.

• Islam yg asalnya murni bila sudah berjalan jauh aqal rosakkan agama hingga lahir 73 mazhab, dan 72 mazhab yang batil. Semua mengaku Islam. Bukan senang disatukan. Islam pun sudah rosak. Hingga agama yg murni pun asalnya bila otak campur tangan lahir 73 mazhab. Masing2 mengatakan dia yg benar, bukan senang disatukan. Walaupun dikatakan umat Islam ada 2 billion, tapi bahagi 73. 1 mazhab 3 juta. Belum lagi yg jahil, yg tak beramal dalam 3 juta. Umat Islam yang tinggal tak ada. Yang dikatakan 2 billion bohong je mungkin tinggal 1 billion, sebab itu keadaan umat Islam hari ini haru biru. Asalnya 2 bilion tapi tinggal 1 bilion sahaja. 1 bilion boleh buat apa? akhirnya tenggelam dalam berbillion2 musuh2 Islam.

Jadi mazhab2 yg sesat adalah hasil daripada aqal yg bersendiri tak ditunjang oleh Tuhan dan oleh iman. Selain itu ada lagi berbagai kerosakkan terjadi : persoalan ghaib, agama, ideology, semua di rosakkan. Jadi aqal telah mencipta agama dan merosakkan bahkan agama yg langit pun rusak.

Di zaman rosak ini yg aqal telah rosakkan hasil dorongan nafsu dan setan, untuk baikkan balik, patutnya ulama canangkan hal ini, banyak cerita balik hal2 bagaimana otak sudah di rosakkan. Tapi ulama pun tidak paham. Qur’an diterjemah sahaja tapi ulama sudah jumud. Bagaimana umat tak rosak? Ulama patutnya menjadi bintang tapi tak jadi bintang lagi. Ulama patutnya jelaskan tapi tak mampu untuk menjelaskan. Akhirnya yg haq disesatkan, jadi sasaran. Bila ulama sudah sesat, dia suluh dengan kesesatan jadi dia nampak yg benar itu sesat. Ini semua adalah kerja aqal yg di dorong oleh nafsu dan setan. Selagi hal2 ini tidak diungkai, tidak ada penjelasan dari ulama, umat Islam tetap teraba2, mencari2. Hendak tolak aqal tak boleh sebab Tuhan yang ciptakan, hendak tolak agama tak boleh juga. Apa hubugan agama dengan aqal, untuk satukan keduanya tak boleh, bingung.

Aqal itu jahat bila terpisah dari Tuhan, aqal jadi Tuhan. Kena berhati2, sampai ulama pun sudah dapat diseretnya tanpa disedari kerana kekurangan ilmu. Tapi mengaku ulama. Orang bukan ulama mengaku ulama bukan senang untuk dibaiki, untuk dibetulkan. Dia fikir dia mahu betulkan kita bukan kita betulkan dia.

BENARKAH IA MENGUASAI HIDUP KITA?

Assalamu'alaikum wbt semua sahabat, semoga dalam rahmat dan lindungan Allah jua hendaknya.. artikel yang akan kita semua baca sebentar lagi adalah bertitik tolak dari keluh kesah kita tentang halal atau tidaknya makanan kita selama ini. maklumat ini adalah dari pihak UKM. saya pernah berkhusus diMardi bbrp tahun lalu tentang pemperosesan makanan dll. Isu ini banyak kali dipersoalkan. sehingga kini ia masih lagi menjadi tanda tanya kebanyakkan dari kita.
Adalah satu usaha murni jika kita dapat membongkar kebenaran, pun begitu, hal yang demikian ini adalah sukar untuk kita memuaskan hati semua pihak.

Artikel yang akan anda baca juga hendaklah dibaca dengan berhati hati. terdapat bbrap istilah sains (mudah) yang mungkin agak mengelirukan. sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi terus penulis yang telah ummi sertakan alamatnya dibawah..

terima kasih

Jawapan dari UKM :

Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap "bodoh" dan mudah "diomong-omongkan" dengan perkara sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan "dipermainkan" oleh musuh-musuh Islam.

Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi - lard, lemak lembu - beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.


Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.

Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). Di Malaysia, kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Halal Malaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..


School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
mamot@ukm.my

Thursday, December 3, 2009

Musim cinta

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin hanya sepatah OK, “ya” atau “tidak” sahaja yang tertera di layar telefon bimbit. Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman. Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.

Memang begitulah resmi lelaki, semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi… semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.

Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau “bergayut” berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. Tidak mungkin “kami” ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.

Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.

Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. Kesukaran tugas dan beban tanggung-jawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Ya, potensi lelaki menjadi “ahli falsafah” semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!

Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.

Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati. Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.

Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.

Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga… umpama hidup segan, mati tak mahu.

Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.

Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. Hairan melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita. Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.

Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten. Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan sekali-kali menggunakan “fail lama” untuk mencipta keserasian baru. Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. Mungkin corak seleranya juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.

Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? Ertinya, kembali kepada Allah. Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada “mood” untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati. Dan itu semua adalah berpunca darinya lalai dan alpanya hati daripada zikirullah (mengingati Allah). Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ar Ra’d: 28

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah… dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggung jawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!

Tip untuk bertanggung jawab:

* Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
* Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
* Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
* Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
* Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
* Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
* Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

Celik mata

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.
Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan
Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.

Namun sayang sekali, di sana segala-gala yang tepat dan jelas itu sudah tidak berguna lagi.

Kata Hukama: “Beramallah ketika berada di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi ada peluang beramal (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada peluang beramal (akhirat).”
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.

Umar Ibnu Abd. Aziz pernah berkata, manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa Umar berkata begitu? Maksudnya, bermula manusia diciptakan buat kali pertama, diri manusia akan terus hidup dan mengembara dari satu alam ke satu alam. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau di neraka. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat, atau mendapat azab buat selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.

Ada kalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Setiap alam berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Penuh ujian dan cabaran. Dan perbezaan alam itu menuntut peranan dan respons yang berbeza pula. Apakah alam-alam itu?

Takah Hidup Insan
Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.”

• Alam Roh
Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Tidakkah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).”
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia telah sanggup untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.

Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-ahzab 33: 72).

Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?

• Alam Rahim
Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh yang itu ada beberapa proses biologi dan rohani yang berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.

Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”

Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.

• Alam Dunia
Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.

Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.

Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!

Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.”
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:

Soalan di dalam kubur:
• Siapa Tuhan kamu?
• Siapa Imam kamu?
• Siapa saudara kamu?
• Apakah kiblat kamu?

Soalan di Alam Mahsyar:
• Ke mana hartamu kamu belanjakan?
• Ke mana ilmumu kamu gunakan?
• Ke mana umurmu kamu gunakan?
• Bagaimana umur muda kamu habiskan?

Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”

• Alam Barzakh (Alam Kubur)
Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!

Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.

• Alam Mahsyar
Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.

Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.

Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.

• Alam Syurga atau Neraka
Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.

Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.

Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.

Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.